15 March 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Suci...Tulus...Luhur...
hanya itu yang mampu ditafsirkan
begitulah jua hakikat diri ini
yang ingin berkembang tumbuh

Sesuci...Setulus...Seluhur mawar putih
cita-cita nan mekar mewangi hati
ingin menjadikan mujahidah yang sejati
bersulam semangat perjuangan yang abadi
berbekal harum cinta nan subuh pada ILLAHI...


✿......✿......✿......✿......✿......✿......✿......✿......✿

Wanita Sholehah
pencinta agama Tuhanya
yang mengalir rasa cinta...
takut dan harap terus menguasai perjalanan kehidupannya..
dari waktu ke waktu
sehingga perjanjian antara nyawa dan jasadnya berakhir..

Wanita Sholehah
yang di matanya dan wajahnya terpancar sinar nur Illahi
Lidahnya basah dengan dzikrullah
yang senantiasa muraqabah..
Setiap masa sibuk memperbaiki diri
di sudut hati kecilnya sebabtiasa
memikirkan kebesaran ALLAH..

Saudariku...!
Dengan akhidah mahmudah yang terpatri dalam hati
Syari'at Islam yang mendarah daging dalam diri
Sungguh kebahagiaan akhirat akan engkau raih
Kenikmatan dunia akan kau rasakan
Sebuah gelaran Muslimah Sholehah
Menjadi idaman para muslim soleh
yang tak sembarang bisa memilikimu

Muslimah Sholehah..
Jadilah dirimu Mujahidah
Mujahidah yang akan terus utk berdakwah
Agar diri dan umat bisa terangkat
Mujahidah yang terus menyeru
Agar Islam kembali tegak!

11 March 2011

Zahir bukn penentu pd biasan cantik dan indah sesuatu.Lampu kaca yg cantik dn mahal ukirannya,indah dipandang mata tdk mampu menawan hati-hati yang rindu pada redupnya kerdipan cahaya.Bulan yg berkawah,cahayanya mampu membelai jiwa yg layu.Perumpamaan yang sukar untuk ditamsilkan dengan kata2.Biarlah tdk seindah ukiran kaca yg mahal,ckplh kekurangan diri ini memaksa utk terus berfikir dlm zikir. :)
                                                    

05 February 2011

mati perlu diingati

Peringatan Mati.

Di dalam mengingati mati, manusia ingat 2 (dua) perkara:

1. Perkara sebelum mati.
2. Perkara sesudah mati.

Meskipun mati penuh dengan rahsia, tetapi hendaklah orang selalu ingat bahawa mati pasti datang. Itulah sebabnya para Anbiya’ menjadikan ingat kepada kematian itu sebagai salah satu cabang dari pelajarannya. Demikian juga ahli-ahli falsafah, sebahagian besar mengakaji masalah kematian itu panjang lebar. Setengah berkata, kehidupan ini hanya palsu saja, hakikat hidup ialah sesudah mati.

 

Rasulullah saw bersabda:
“Banyak-banyaklah mengingat barang yang memusnahkan segala kelazatan itu, kerana siapa yang di dalam kesempitan, kalau dia ingat mati, dia insaf bahawa dia akan disambut oleh kesempitan”.

Refresh Hati

Bila kita memulakan sesuatu..Kadang2 kita lupa letakkan niat,Kadang2 kita lupa baca Bismillah..Sebab tu bila ada masalah,Kita cepat menyerah.Bila kita berniat,Kadang2 kita lupa letakkan usaha,Kadang2 kita tunggu disergah baru hendak mengolah,Sebab tu bila kerja tak menjadi,,Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha,Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,Siang malam kerah tenaga dan masa,,Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa..Kadang2 kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...


Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal,,
Kadang2 kita tetap alpa,Nak sebut Alhamdulillah pun payah,Berdoa pun sekali sekala,Bersyukur cuma sekejap.

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah,Supaya kita ingat dan ke jalan redha, Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan..
.
Kita manusia ciptaan Allah,Bernafas di udara yang sama,Bila lemah Allah itu ada,Bila derita Allah itu bersama,Senang, susah, sedih, gembira...Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,Kadang-kadang lebih suka dicintai,Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..


Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!