20 March 2013

~ travel to LANGKAWI ~

LANGKAWI 2013 bersama sahabat kini dan selamanya insyaallah, LUBNA.. :)

14.03.2013
  •  9.30 am : bertolak dari rumah lubna ke jeti kuala kedah.. 
  • 10.00 am: naik ferri, tempat kami berdua ditengah2.. aku ditepi tingkap kerana ingin tgk  keindahan dan kedamaian lautan.. hehe , tapi tgk lama2 pening kot.. boleh muntah hijau dlm ferri tu.. habis busuk nanti.. haha   * xbergambar pun dalam ferri sebab lubna pening! jadi kena hormatlah sahabat kita.. :)
  • 11.30 a.m : sampai di jeti pulau langkawi! waaahhhhh.. excited sangat2! hehehe maklumlahh lama xpergi melancong , itulah jadinya seronok terlebih.. sampai2 saja terus makan KFC, hehhe lapaq sangat kan.. cari ja kedai makan terdekat.. restoran xda yg buka lagi pagi2 ni.. :D
    lepas tu, lubna pergi beli map dan menempah bilik hostel utk kmi penginap keesokkan hari.. :)
    malam ni kami bermalam dirumah pakcik lubna.. besar sangat rumahnya.. best! :D
     

dataran langkawi

menulis perancangan perjalanan.. hehe
  • 12.00 pm : kami jalan2 dan bergambar di dataran helang.. hehe lepas tu kami jalan dari jeti ke pekan kuah.. huh!penat...jauh sangat..! kemudian kami singgah solat di masjid dan pergi makan nasi di medan selera di pekan kuah..



makanan tengah hari
  •  4.00 pm : telefon pakcik lubna utk ambil kami berdua pulang kerumahnya... sampai dirumah,kami berbual2 panjang dan tidur sampai maghrib oleh kerana terlalu letih berjalan jauh pagi tadi.. huhu


  • 8.30 pm : siap2 mandi, mereka sekeluarga ajak kami berdua pergi makan.. dan kami semua pun bersiap2.. restoran pilihan kami di restoran nelayan.. wahhhh,, makanan laut2 semuanya segar kerana baru dari laut! sedappp....


makan malam kami! hehe

  •  12.00 am : balikkkkk, tidur dgn lena nya... krohhhh..krohhhh.. ZZzzZzzzz 0_o

15.03.2013
  •  6.30 am : bangun2 mandi, solat subuh dan bersiap utk pergi sarapan di kedai. hehehe
  • 9.00 am-12.00 pm : pergi sarapan kat kedai apa nama tah..hehe macam besa, pagi2 makan nasik lemak lah.. :)  lepas makan, pi dekat2 cable car.. dalam perjalanan nakp cable car, kami semua singgah di pantai kok utk ambil gambaq.. hehe
    pantai kok! cantikkkk..

    dalam perjalanan tu juga kami nampak pelbagai tempai reakrasi yg menarik.. wargghhh! rasa nak p, tapi masa xmengizinkan.. :(
  • dah sampai di ORIENTAL VILLAGE OF LANGKAWI! 
    kami jalan2 dalam tu dan ternampak sesuatu yg menarik ingin cuba untuk masuk.. kami beli tiket. harga tiket utk seorg dewasa rm15.. heee :D nak tau apa yg tringin sgt tu?? namanya.. CINEMATION OF 6D.. 6D ok not 3D.. bila masuk ja dalam tu,macam real dan menjerit... takut sgt tpi tersangatlah seronok!!!!!!!!
  • ok, dah pukul 12.. tiba masanya kami berdua check in hostel at pantai cenang.. hehe 
  • 1.30-6.30 pm: selepas check in kat hostel, kami keluar jalan2 di pasar kat pantai cenang.. mcm2 jugak beli dan makan.
  • petangnya, kami jalan2 tepi-tepian pantai sambil saksikan sunset. hehe
  • 8.00-11.00 pm: selepas berehat sekejap, kami keluar makan malam pula.. ngee :D  mahal juga makanan.. dan bergambar2..


    16.03.2013
  • 8.00 am: pergi terus pantai dan mandi pantai. lubna pandai berenang kita xpandai.. nakp berenang dalam2 sikit lubna kena peluk.. haha
  • lepas habis mandi laut, kami pergi sarapan..
    lepas tu pakcik lubna mai ambil kami dua dalam pukul 12 tghhari dan bawa p supermarket HJ ismail GROUP.. dapat beli coklat2 murah di sana dan dapat cenderamata pinggan mangkuk yg agak mahal dari org langkawi.. hehe
  • dalam pukul 1.30 kami dah beli tiket ferri utk bertolak pulang.. hehe selamat tinggal langkawi..
    best sgt... sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik.. tapi penat lah nak tulis satu persatu kan.. hehehe