21 September 2015

mood business datang kembali ~

ASSALAMUALAIKUM my followers,, haaa baru reti reti nak muncul kan? haha
maaf lah ye, admin sibuk sikit plus xberapa suka nak on laptop ni. hihi ehh, monolog sendirian plak.. rajin rajin, jomlah follow insta admin : @zatysshop . macam2 admin nak jual.. cuma xlah seaktif peniaga lain.. admin masih student, ni just part time utk mengisi masa terluang dan mengelakkan daripada buat/buang masa dengan benda benda yang xberfaedah. kan3? ;)

siapa nak tengok gambar admin yang poyo? angkat tangannnnn...

haa, nah amek! hekhek
shawl labuh bercorak

31 October 2014

kem TRAINING OF TRAINERS 2014 FELDA RESIDENT TROLAK , PERAK.

ASSALAMUALAIKUM,,,
wahh lamanya x update.. haishh busy bebenor.. hehe
harini sempat la sikit..
haa dah setahun kat UIAM tercinta ni.. cuma nak ceghita, baru2 ni saya ada g kemTOT kat perak. under Kdpnnk.. 24-26.10.2014. 3hari 2malam.. free of charge! oklah tuu.. :)

hari 1 :bertolak dari UIA dalam pukul 3.30.. tibanya di felda pukul 6.30. solat kemudian check in tempat penginapan. masuk tgk bilik. itulahhh, mcm gambar kat bawah. hehe


pada malamnya pukul 8 selepas solat maghrib dan makan. kami ada LDK dan ceramah serta pembentangan kumpulan masing2 mengikut tajuk yg diberi.


hari 2 : pagi : senamrobik, sarapan. petangnya kami ada aktiviti2. ( biar gambar berbicara ) hehehe

beratur sebelum nak flying fox. wiwiwi

jauhnya kena jalan.. penatttt

yeayy, i believe i can fly :P
FLYING FOX. tq cameraman. ad jgak gambar kenangan

sepanjang aktiviti dalam hutan. yg gambar ramai2 tu.. my group. group 6. consumers tribunal.

xtahu panggil apa ni.. bkn senang nak lintasi pijak ni.. brgoyang2.

kami semua dibuli masuk dlm kolam berlumpur dan penuh dgn berudu.. erkkk!
lepas habis semua aktiviti.

malamnya, kami kena berlakon.. semua org kena naa. sambil2 dinner makanan terbaik punyaa.. hekhek



hari 3 : lepas subuh kena berkumpul kemudian senamrobik, sarapan dan explorace habis sampai pukul 1 ptg. kulit semua org burn tu, memang teruklah.. kikiki

ad satu ja gambar kat check point 1.

selepas itu, kami diberi masa utk solat, mandi, mengemas barang.. dan check out.. dah nak balik katakan.. kemudian semua peserta kena kumpul kat dewan utk majlis penutup.. masa majlis penutup ni lah diberi sijil dan penyampaian hadiah kepada pemenang.. :)))

kumpulan kami! kumpulan 6.. juara.. alhamdulillah...

akhir kalam, saya bangga dgn kumpulan 6 CONSUMER TRIBUNAL. Mereka yg sangat memberi banyak kerjasama dan sokongan.. terbaiklah korang semua.. :D dgn adanya jalinan ukhwah yg kukuh maka kita bersatu menjadi juara. hihi

my lovely group in camp. 

itu saja cerita serba ringkas sesangat.. busyyyy.. hehehehe syukran! ;)

19 July 2014

ALLAHUAKBAR..! Kemenangan berpihak kepada umat islam. insyaAllah



Wallahi. Jatuh cinta dgn Al-qassam.
Setiap hari cari kisah tentang Al-qassam ni. *xpernah2 nak cari kisah org sblm ni. skrg? Hii
Subhanallah mereka bukanlah calang2 orang. Ya allah, xpernah aku rasa kagum dgn org dizaman ni. Setiap kali dlm doa. Hati asyik teringat alqassam yg tgh berjuang disana. Sblm ni baca hebatnya penaklukkan tentera Sultan Muhammad Alfateh. skrg berlaku dizaman sendiri. Sesungguhnya mereka yg berperang dijalan Allah, hati mereka kuat diikat dgn zat yg maha suci..
Sohih jiddan, manusia akn cinta mereka yg hatinya kuat mengingati Allah. manusia dpt mencintai mereka walaupun mrka xtunjuk siapa dirinya dan kita xkenal siapa mrka. sesiapa mencintai Tuhan maka seluruh makluk dimuka bumi mengasihinya. Allah... :(
Ya Allah.... betul2 kagum dgn keberanian dan kehebatan mereka dlm menentang musuh.
Keyakinan Alqassam kpada Allah sgt tinggi 100%. Kalau x, tak da yg berani pergi perang menuntut kemenangan islam hingga syahid.
Yusahhilna ya allah.....♡


30 May 2014

pulang ke rumah

Assalamualaikum, harini 30/5/2014 malam dah nak balik ke kedah.. hehe seronok tauu dapat balik utk bertemu mak dan ayah serta adik-beradik..
Barang2 siap kemas semalam lagi. Hihi bayang 3 beg besar da 1 beg kecil... waaaa :'( terpaksa angkut malam ni naik bas kemudian LRT lepastu naik turun tangga dan naik bas semula. Huhu memang rasa nak menangis tapiiiii ingat belum hadapi situasi tu lagi jgn fikir bukan2. Allah bantu kita kalau xmampu. Tawakkal kepada Allah.

Haa, pagi ni aku bersantai-santain di dlm bilik kerna barang dah siap kemas. Tetiba!!!! Teringat janji aku sama ayah nak beli baju yg ada lambang UIAM.. hehe apa lagiiii, sungguh kelam kabut aku dibuatnya.. siap2 dan jalan laju ke bank. Tibanya, ramai pula dah la penat jalan jauh pastu beratur panjang. Merungut sebentar dalam hati. Macam tu dah aku, lepas merungut baru sedar xbaik macam tu sebab Allah atur dah semua tu.. xpalah, lepas tu pi cari2 t-shirt kat ayah. Akhirnya dapat yg niiii ;)


Dengan bangganya balik bilik aku yg cuba dulu dengan penuh gaya. Hahaha


Selesai.

Lepas tu, sekarang aku rasa sedih. Sebenarnya aku sedih lama dah nak cuti 3bulan dalam masa sama seronok boleh duduk rumah 3bulan, mula tinggal dengan lama. Apakah??? Mungkin aku sudah cinta sama UIAM ni. Haha
Dengan suasana mendung kelabu seolah2 memahami rasa hatiku bak awan berkepul2 yg mengikut saja angin ke mana ia ingin bawa.. hmmmm sedih kenapa , kenapa sedih.. pastu dengar lagu2 sedih2.. eloklah zatyyyyy bertambah rasa sayu tuuu.. haishhh
Ni pemandangan dari bilik..



suasana yg sangat memahami. Allah mahu aku banyak berdoa dan bergantung sepenuhnya kepadaNYA.. Allahurabbi............... :(

20 October 2013

4 ucapan yang paling disukai Allah Taala & ganjarannya amat besar!

1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

2) Barang siapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa).

3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).

jom amalkan ..
jom dapatkan secebis pahala utk perkongsian bersama.. =)

18 October 2013

Sahabatku..

tika aku kekusutan,

mencari sebuah penyelesaian,

dia hadir sebagai peneman

tuk mengurangi segala kesulitan.


meski dia kian jauh dari pandangan,

barangkali sudah memiliki teman baru,

aku tidak menyalahkan dirimu,

kerna ku tahu

engkau juga berhak untuk itu.


namun..


jujur..

aku butuhkanmu saat ini,

tuk menenangkan sanubari

yang hancur luntur dek kekalutan hati.


di mana harus ku cari ganti lagi?

insan sebaik dirimu,

membisu seiring mengerti

dalam setiap kalamku.


aku rindu.

aku rindu saat itu.

meski ku diam membisu.

tidak menyatakannya kepadamu.

namun itulah yang aku lalui,

rindu.. dan terus merindu.


Allah~
teman.. hadirlah semula dalam hidupku.

17 September 2013

Alam baru di dunia yang sama :)

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum . .

sekian lama sibuk sana sini beli barang2 keperluan dan macam2 lagi.. kini, aku berkesempatan menulis serba sedikit dari awal permulaanku ke 'alam baru di dunia yg sama' ini.. hehe

1/9/2013

hari pertama dan hari pendataran sebagai pelajar baru di UIAM. huhu sedih yang amat hari itu, dengan sedih xboleh balik rumah dan bertambah sedih haritu juga perut masuk angin dan cirit birit sampai badan lemah.. 2,3 malam menangis sbb sakit yg amat.. Allah Maha Mengetahui.. sob3 :'(

2/9/2013 dan seminggu

time ni cuma ada taklimat2 sikit utk pelajar baru dan kem ibadah.. kem ibadah seronok sgt malangnya 2 hari ja.. kem ibadah ni,aktiviti dgr ceramah, tidur di masjid utk bangun qiamullail dan usrah.. besttttt !





2 minggu lepas hari pendataran. 6/9/2013 - ada pelajar ex-cfs pj daftar sebagai pelajar baru.. malam ini lah bermulanya minggu taaruf yg sangat memenatkan... astagfirullah.. masyaAllah... penat3 !
selama 4 hari berlangsung minggu taaruf.. dari 5 pagi kena bangun siap2 utk ke masjid. dah la jauh. tapi tdk mengapa kalau niat kerana Allah.. hehe lepas tu balik 12 malam.. SETIAP HARI selama 4hari.
kadang2 rasa miggu taaruf seperti mggu TIDOQ ! huhu letih oiii sapa xmngantok..
sebenarnya mcm2 aktiviti.. tapi mataku xtahan.. terpejam juga.. hehe sempat snap picture sikit je lah.. huhu




dan paling syok dan bersemangat time nak angkat sumpah sebagai pelajar rasmi UIAM.. hehe time tu kuatkan suara.. hehe aku akan ingt sampai bila2 !!


satu g cultural night.. biasa2 ja.. haha xsempat habis kami2 dah balik.. hehe

dan hari2 seterusnya dah mula sibuk dgn pendaftaran kelas2 pembelajaran.. hehe